Saturday, March 23, 2013

Gambar 'mereka' yang bosan.

bosan
masalah paling susah nak elak
dalam kerja yang berlambak pun bosan
apatah lagi ketika bosan
memang bosan
hassan pun tak bosan macam ni
ini bukan alasan
so terimalah hasil bosan
mereka yang bosan






#hamba yang 'gian'

Sunday, March 10, 2013

Life Heart





Hidupku Hatiku,
ingin berkarya,
kata mataku selalu membenci
berdengki
melihat karya-karya rakan-rakan
tetapi karyaku tidak seperti kata hatiku
niat tidak selalu kepadaMu
Ampuni aku.
Berkati aku.
Rahmati aku.
aku hanya ingin berkarya 
seperti hambaMu yang lain.






Friday, March 8, 2013

Le Tour De Langkawi - Genting Highlands

ni gambar seorang biker first sekali yang sampai 
area gohtong tu. mule-mule ckp
"kalau tak menang jugak taktau la" haha 
aku pun tak tengok dah sape yang menang pastu.haha

abang-abang polis ni sume pengiring 
kepada semua pengayuh-pengayuh basikal.
dorang akan sampai dlu baru peserta LTDL.
tapi dorang ade pasukan-pasukan tertentu jugak rupenye,
kalau nak tau peserta sampai bile
knalah tengok pasukan yg agak suspicious skit.hahaha

dah macam beratur plak nak tunggu turn
padahal dah struggle mengayuh dah tu.hahaha

situasi seorang peminat setia LTDL agaknye
yang berpakaian seperti peserta-peserta lain 
sambil menyokong dengan semangatnye.

peserta daripada Malaysia


Wednesday, February 20, 2013

kanta pembalikan

assalamualaikum semua,
kali ni aku mencuba lagi menambah entri 
dengan ilmu fotografi yang tak seberapa ni
entri kali ni aku nak kongsi gambar-gambar
macro secara reversal lens iaitu
secara kanta pembalikan
hanya dengan menterbalikkan lensa anda

saya menggunakan lensa 50mm 
kerana aperture lebih luas 
dan dapat menangkap lebih banyak cahaya

saya banyak mencuba tetapi kebanyakannya
gambar-gambar yang tak menjadi sangat
biasalah manual. :P

lihatlah karya yang tak seberapa ini tapi alhamdulillah.






*yang  lain semua bunga orkid dan last tu ikan gapi.

Thaipusam 3






Sunday, February 3, 2013

Thaipusam 2

Assalamualaikum kawan-kawan, rakan-rakan dan teman-teman
yang sentiasa setia menjadi hamba Allah
yang beriman dan bertakwa hendaknya.amin InshaAllah.

hari ni aku akan teruskan dengan coming soon aku tu,
tentang gambar-gambar yang aku dah janji
untuk kongsi untuk korang semua.

sesungguhnya aku teramatlah bersyukur 
dengan peluang yang Allah berikan kepada aku
untuk terus berkarya ketika cuti ni.
walaupun kebanyakan gambar dalam kamera, corrupt :(
kenalah sabar dan hanya sedikit saja gambar yang dpt dikongsi

jika ada komen atau kritik 
amatlah dialu-alukan.
terima kasih dan salam maulidur Rasul.






kita tidak digalakkan menyambut perayaan lain
tapi kita mesti menghormati antara satu sama lain.
wassalam.

Sunday, January 27, 2013

Thaipusam

Assalam semua bloggers dan readers...
entri kali ni untuk kedua kalinya bg tahun ini.
alhamdulillah dapat menulis juga walaupun agak sedih dgn blog 
kerana aku still taktau lagi kenapa aku tak boleh upload
lebih gambar lagi. :( sedih. 
harap orang nampak rintihan hati ini..:P

entri kali ni nk bgtau je, pasal thaipusam yang disambut semalamnya.
akhirnya dapat juga ke sane dengan izin Allah
walaupun lambat sampai dan dengan banyak2 doa ketika  dalam bas
untuk merasa suasana thaipusam dan alhamdulillah
pertama kalinya sampai ke area batu caves sane.
tu pun tak dapat naik atas dan masuk ke dalam batu caves tu.
btw gambar2nya akan disiarkan  tak lame lagi inshaAllah.


semoga kita dalam rahmat Allah sentiasa Amin.

Wednesday, December 5, 2012

Nawaitu itu penting

sesungguhnya kita adalah manusia biasa
hamba yang lemah dan kalah dengan diri sendiri
sepatutnya kita melawan tetapi dibiarkan
nafsu dan syaitan menguasai diri
kita cuma perlu perbetulkan diri
perbetulkan NIAT.

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Assalamualaikum semua, kepada setiap bloggers dan readers.
setakat ni aku agak kesibukan untuk menambah entri di sini
mungkin agak bosan entri aku skang
aku sibuk 
aku sibuk betulkan diri sendiri 
aku sibuk menyolehkan diri yang tak soleh 
yang sudah yakin ke neraka
jadi aku nak mulakan semula dengan entri yang agak islamic
untuk diri sendiri dan rakan-rakan
perbetulkan niat kita dalam setiap benda yang kita lakukan
niat yang baik-baik setiap  kali keluar rumah
kerana niat yang baik mendapat pahala
niat tidak baik tidak mendapat apa
sentiasalah niat yang baik

niat kerana ALLAH.

wassalam.

Tuesday, November 6, 2012

Hati Kita untuk Ilahi

Hati kita 
tak selalunya pegang apa yang diharapkan
kerna keadaan selalu menjadi benteng 
dinding untuk segala harapan
kerna harapan itu tiada keikhlasan
yang terus kepada Ilahi.
Hati kita
sangat lemah dengan dunia
kerna kita rasa dunia adalah realiti
tapi akhir zaman ini tiada lagi
realiti kini pada akhirat
yang terus kepada Ilahi.





#akumanusialemah

Sunday, November 4, 2012

Sekian Lama

kerja tanpa hati yang ikhlas
tidak mungkin terlerai semua keinginan
sehingga hati yang kuat
suci mendalami apa yang diceritakan

kalau korang nak abaikan madah jadah aku kat atas ni pun takpe,hahaha
so Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada 
semua readers and followers aku yang tak seberapa ni.:)
terima kasih kerana sudi singgah blog ni.

Entri kali ni takde nak crite apa-apa pun.
just nak cuba start balik menulis dalam blog ni.
lagi-lagi lepas habis diploma ni.
banyak cerita pasal masa diploma
sebelum semasa sampai dah habis diploma pun
tetap malas jugak, apa nak jadi tah dengan aku ni.
walau apa-apa pun, nantikan kerajinan aku yang tak
berapa nak rajin ni untuk update blog ni lagi. 
mungkin lebih emosi siapa tahu :P

semoga Allah menerima segala amalan-amalan baik kita
dan diberkati dunia dan akhirat.
amin insyaAllah 


Friday, June 29, 2012

kucing-kucing di Dataran pahlawan



Sunday, June 17, 2012

matahari


Friday, June 15, 2012

13 june 12 sunset


SubhanaAllah.

Wednesday, May 30, 2012

Perbezaan

Dalam seharian hidup kita ni,
kita perasaan tak kita berapa kali kita "menguap"?
berapa kali kita "bersin"?
beberapa hari lepas aku ada baca pasal bersin dan menguap ni
dalam majalah solusi isu ke berapa lah
nanti saya check semula.

"sesungguhnya Allah lebih sukakan orang yang bersin daripada menguap"

korang suka ke bile tengok orang menguap macam ni?


haiwan memang takde akal untuk berfikir untuk menutup mulutnya ketika menguap
jadi kita mestilah berbuat demikian dengan anugerah yang Allah berikan.
waAllahualam.

Friday, May 18, 2012

Kabur VS Jelas

keindahan disebalik gajah kecil ini kabur jika kita tidak menjadikan ia jelas.
macam kejayaan yang kita impikan kini sedang kabur jika kita tidak berusaha menjadikan ia
KENYATAAN.

UMMI

 sedangkan kucing pun boleh tunjukkan sayangnya ia kepada ibu 
kenapa bukan kita seorang manusia yang diberi akal fikiran
sayangi ibu anda dan jangan sesekali menderhakainya dan melukainya
walaupun sedikit tengkingan.
SELAMAT HARI IBU

Wednesday, May 9, 2012

kucings





Monday, April 2, 2012

Dunia dan Akhirat


Thursday, March 29, 2012

##26 MAC

Assalamualaikum to all readers and bloggers.
Rindu plak kat blog, skang kurang betul nak update.
jenguk pun sikit-sikit je.
sebab blank tak tau nak update sangat.
tapi selepas habis je semester 4 ni aku tekad.
tekad nak cuba update walaupun tak brape ramai yang nak tngok.(T_T)
berbalik kepada title yang diberikan
apa yang aku nak cita pasal tarikh ni,
bila smpai aku dikampung halaman means rumah atuk/nenek la.
ayah aku berborak dengan abang-abangnye
pasal pak long aku iaitu abang sulung ayahku.
tarikh yang baru sahaja lepas ini ialah 
tarikh yang menggenapkan setahun pak long ku meninggalkan dunia.
yang membuatkan aku sedih, aku tiada pada hari pengebumiannya.
kami sekeluarga memang susah nak jumpa arwah.
sampaikan aku dah lupa bila hari terakhir aku jumpa arwah.
jadi aku berdoalah semoga roh arwah dicucuri rahmat 
dan diletakkan bersama-sama para mukminin.


yang kanan sekali itu lah arwah.
AL-FATIHAH

Tuesday, March 20, 2012

ossessionato

gambar ini bukan hiasan tapi ia adalah realiti.
reality that mean a lot to my obsession.