Wednesday, December 5, 2012

Nawaitu itu penting

sesungguhnya kita adalah manusia biasa
hamba yang lemah dan kalah dengan diri sendiri
sepatutnya kita melawan tetapi dibiarkan
nafsu dan syaitan menguasai diri
kita cuma perlu perbetulkan diri
perbetulkan NIAT.

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Assalamualaikum semua, kepada setiap bloggers dan readers.
setakat ni aku agak kesibukan untuk menambah entri di sini
mungkin agak bosan entri aku skang
aku sibuk 
aku sibuk betulkan diri sendiri 
aku sibuk menyolehkan diri yang tak soleh 
yang sudah yakin ke neraka
jadi aku nak mulakan semula dengan entri yang agak islamic
untuk diri sendiri dan rakan-rakan
perbetulkan niat kita dalam setiap benda yang kita lakukan
niat yang baik-baik setiap  kali keluar rumah
kerana niat yang baik mendapat pahala
niat tidak baik tidak mendapat apa
sentiasalah niat yang baik

niat kerana ALLAH.

wassalam.

Tuesday, November 6, 2012

Hati Kita untuk Ilahi

Hati kita 
tak selalunya pegang apa yang diharapkan
kerna keadaan selalu menjadi benteng 
dinding untuk segala harapan
kerna harapan itu tiada keikhlasan
yang terus kepada Ilahi.
Hati kita
sangat lemah dengan dunia
kerna kita rasa dunia adalah realiti
tapi akhir zaman ini tiada lagi
realiti kini pada akhirat
yang terus kepada Ilahi.





#akumanusialemah

Sunday, November 4, 2012

Sekian Lama

kerja tanpa hati yang ikhlas
tidak mungkin terlerai semua keinginan
sehingga hati yang kuat
suci mendalami apa yang diceritakan

kalau korang nak abaikan madah jadah aku kat atas ni pun takpe,hahaha
so Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada 
semua readers and followers aku yang tak seberapa ni.:)
terima kasih kerana sudi singgah blog ni.

Entri kali ni takde nak crite apa-apa pun.
just nak cuba start balik menulis dalam blog ni.
lagi-lagi lepas habis diploma ni.
banyak cerita pasal masa diploma
sebelum semasa sampai dah habis diploma pun
tetap malas jugak, apa nak jadi tah dengan aku ni.
walau apa-apa pun, nantikan kerajinan aku yang tak
berapa nak rajin ni untuk update blog ni lagi. 
mungkin lebih emosi siapa tahu :P

semoga Allah menerima segala amalan-amalan baik kita
dan diberkati dunia dan akhirat.
amin insyaAllah 


Friday, June 29, 2012

kucing-kucing di Dataran pahlawan



Sunday, June 17, 2012

matahari