Wednesday, February 20, 2013

kanta pembalikan

assalamualaikum semua,
kali ni aku mencuba lagi menambah entri 
dengan ilmu fotografi yang tak seberapa ni
entri kali ni aku nak kongsi gambar-gambar
macro secara reversal lens iaitu
secara kanta pembalikan
hanya dengan menterbalikkan lensa anda

saya menggunakan lensa 50mm 
kerana aperture lebih luas 
dan dapat menangkap lebih banyak cahaya

saya banyak mencuba tetapi kebanyakannya
gambar-gambar yang tak menjadi sangat
biasalah manual. :P

lihatlah karya yang tak seberapa ini tapi alhamdulillah.






*yang  lain semua bunga orkid dan last tu ikan gapi.

Thaipusam 3






Sunday, February 3, 2013

Thaipusam 2

Assalamualaikum kawan-kawan, rakan-rakan dan teman-teman
yang sentiasa setia menjadi hamba Allah
yang beriman dan bertakwa hendaknya.amin InshaAllah.

hari ni aku akan teruskan dengan coming soon aku tu,
tentang gambar-gambar yang aku dah janji
untuk kongsi untuk korang semua.

sesungguhnya aku teramatlah bersyukur 
dengan peluang yang Allah berikan kepada aku
untuk terus berkarya ketika cuti ni.
walaupun kebanyakan gambar dalam kamera, corrupt :(
kenalah sabar dan hanya sedikit saja gambar yang dpt dikongsi

jika ada komen atau kritik 
amatlah dialu-alukan.
terima kasih dan salam maulidur Rasul.






kita tidak digalakkan menyambut perayaan lain
tapi kita mesti menghormati antara satu sama lain.
wassalam.

Sunday, January 27, 2013

Thaipusam

Assalam semua bloggers dan readers...
entri kali ni untuk kedua kalinya bg tahun ini.
alhamdulillah dapat menulis juga walaupun agak sedih dgn blog 
kerana aku still taktau lagi kenapa aku tak boleh upload
lebih gambar lagi. :( sedih. 
harap orang nampak rintihan hati ini..:P

entri kali ni nk bgtau je, pasal thaipusam yang disambut semalamnya.
akhirnya dapat juga ke sane dengan izin Allah
walaupun lambat sampai dan dengan banyak2 doa ketika  dalam bas
untuk merasa suasana thaipusam dan alhamdulillah
pertama kalinya sampai ke area batu caves sane.
tu pun tak dapat naik atas dan masuk ke dalam batu caves tu.
btw gambar2nya akan disiarkan  tak lame lagi inshaAllah.


semoga kita dalam rahmat Allah sentiasa Amin.

Wednesday, December 5, 2012

Nawaitu itu penting

sesungguhnya kita adalah manusia biasa
hamba yang lemah dan kalah dengan diri sendiri
sepatutnya kita melawan tetapi dibiarkan
nafsu dan syaitan menguasai diri
kita cuma perlu perbetulkan diri
perbetulkan NIAT.

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Assalamualaikum semua, kepada setiap bloggers dan readers.
setakat ni aku agak kesibukan untuk menambah entri di sini
mungkin agak bosan entri aku skang
aku sibuk 
aku sibuk betulkan diri sendiri 
aku sibuk menyolehkan diri yang tak soleh 
yang sudah yakin ke neraka
jadi aku nak mulakan semula dengan entri yang agak islamic
untuk diri sendiri dan rakan-rakan
perbetulkan niat kita dalam setiap benda yang kita lakukan
niat yang baik-baik setiap  kali keluar rumah
kerana niat yang baik mendapat pahala
niat tidak baik tidak mendapat apa
sentiasalah niat yang baik

niat kerana ALLAH.

wassalam.