Wednesday, December 5, 2012

Nawaitu itu penting

sesungguhnya kita adalah manusia biasa
hamba yang lemah dan kalah dengan diri sendiri
sepatutnya kita melawan tetapi dibiarkan
nafsu dan syaitan menguasai diri
kita cuma perlu perbetulkan diri
perbetulkan NIAT.

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Assalamualaikum semua, kepada setiap bloggers dan readers.
setakat ni aku agak kesibukan untuk menambah entri di sini
mungkin agak bosan entri aku skang
aku sibuk 
aku sibuk betulkan diri sendiri 
aku sibuk menyolehkan diri yang tak soleh 
yang sudah yakin ke neraka
jadi aku nak mulakan semula dengan entri yang agak islamic
untuk diri sendiri dan rakan-rakan
perbetulkan niat kita dalam setiap benda yang kita lakukan
niat yang baik-baik setiap  kali keluar rumah
kerana niat yang baik mendapat pahala
niat tidak baik tidak mendapat apa
sentiasalah niat yang baik

niat kerana ALLAH.

wassalam.